IPAK IATIH 1,000 PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK

CetakPerhatian: akan membuka tetingkap baru.
CYBERJAYA: Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak (IPAK) mensasarkan untuk melatih kira-kira 1,000 guru pendidikan awal kanak-kanak menjelang 2015, sejajar hasrat kerajaan meningkatkan jumlah guru terlatth dalam bidang itu.

Ketua Eksekutifnya, Farah Mahami Mustapha Kamal, berkata ia perlu bagi memastikan kanak-kanaic mendapat pendidikan sempurna memandangkan pendidikan pada peringkat awal memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi mereka.
“Selain keadaan fizikal taska dan alat bantu mengajar, guru terlatih dan berkualiti menjadi faktor utama kerana setiap kanak-kanak berhak mendapat persekitaran pembelajaran kondusif.

“Dalam hal ini, berkualiti bagi kami adalah guru yang berpengalaman, berkemahiran, pengetahuan luas dan berkelayakan, ini kerana tidak ada gunanya mempunyal premis taska atau tadika yang mewah, selesa serta alat bantuan mengajar yang canggth sekiranya guru tidak berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majils konvokesyen pertama IPAK di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Muhamad.
Selain itu, Farah Mahami berkata, usaha IPAK melahirkan guru terlatih dan berkualiti dibantu 26 pensyarah berpengalaman luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Katanya, ini kerana kebanyakan mereka adalah bekas pegawai Kementerian Pelajaran yang pernah terbabit dalam penggubalan dasar dan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

“Selain menyediakan modul pembelajaran, IPAK turut membantu graduan IPAK cara mewujudkan persekitaran pendidikan yang kondusif dengan memberi penekanan kepada aspek perkembangan kanak-kanak yang seimbang dan menyeluruh mengikut fitrah semulajadi mereka,” katanya.

Ketika inl, kira-kira 196 pelajar sedang mengikuti pengajian di kampus IPAK yang terletak di Damansara Perdana, Selangor.
Pelajar terbaik, Zubaidah Husin, 40, berkata kepayahan kerana terpaksa berulang alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur setiap minggu tidak terasa apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Pingat Tan Sri Mustapha Kamal.

Ibu kepada empat anak berusia tiga hingga 17 tahun itu berkata, segala halangan yang terpaksa dilalui sepanjang tempoh dua setengah tahun pengajian kini terbalas selepas berjaya memiliki Diploma Pendidil Awal Kanak-Kanak daripada IPAK.

No comments: