Dia Dan Saya

Saya suka Hijau, awak suka Biru.
Saya suruh awak pakai warna lain, awak cakap warna biru sangat lawa.
Dan warna biru itu juga yang awak capai bila nak keluar. -.-


Mereka sayang saya lebih,
sebab tu apa-apa hal mereka cari saya. Bukan awak.
Mereka nak sesuatu, mesti mereka datang dekat saya.
Mereka cakap awak singa. 
Siapa suruh garang.?


Saya cakap A, awak cakap B. Saya cakap B, awak cakap A.

selalu je kan cari gaduh dengan saya.?
Kita gaduh, Puan Jatiah (Arwah mama) bising. 
Saya diam, awak buat muka. Kena marah.
Padan muka -.-

Kita bergaduh, pasti saya yang mengalah dulu. Nak tunggu awak mengalah.? Tak mungkin.
Saya nak yang tu, awak nak yang tu juga.
Tapi last-last mesti saya yang dapat, sebab Encik Ali Amat sayang saya lebih. Itu yang awak cakap. 
Awak dapat juga tapi selalunya lambat. Dapat juga kan.?


Saya tahu saya yang selalu dapat lebih, awak kecewa kan.
Bagaikan saya ni seorang puteri saja.
Pernah awak tanya Encik Ali Amat,
"kenapa asyik dia (saya) yang dapat lebih, dapat dulu?"
Encik Ali Amat hanya tersenyum.


Masa berlalu.
Kalau dulu, zaman kanak-kanak (walau hakikatnya wak memang masih kanak-kanak.hee)
ada saja yang digaduhkan.
Ada sahaja yang tak kena.
Tapi awak perasan sesuatu tak.?
Kalau apa-apa berlaku, mesti Puan Jatiah dan Encik Ali Amat yang suruh saya beritahu awak.
Itu tandanya mereka tahu kita sejiwa sebenarnya kan?



Dulu awak selalu tanya kenapa saya yang sering dapat dulu.?
Baru sekarang mungkin baru nampak semuanya.
Saya duk jauh, saya yang balik setahun sekali (kot lah :)
itu yang buat Encik Ali Amat dan puan Jatiah lebihkan saya.
Bukan salah saya.
Mereka nampak awak hari-hari, awak di depan mata mereka. Tapi saya tidak.


Awak tahu tak, 
Sebab garang awak tu, mereka tak mudah buli awak.
Nak apa-apa mereka tanya, mereka hormat awak.
Pandai awak buat mereka hormatkan awak kan.
Saya ni tak pandai nak marah orang, itu yang mudah kena buli.
Sikap kuat, garang, berani awak itu
buat saya cemburu sebenarnya.
haih -.-

Dulu segan nak bercerita soal hati dengan awak.
Apa kes.? mana awak faham. budak-budak.
tapi sekarang, rasanya lagi selamat saya nak bercerita semuanya.
Paling-paling jauh benda boleh sampai hanya pada Puan Jatiah.(Tinggal kenangan)Selamat.
Nak kutuk pun, selamba je kan.?
Nak tegur pun, aci redah je kan.?
tiada dah kiasan nhi, tiada dah tatasusila nih.
Yang penting direct, sampai maklumat, hak terlaksana.
  

Cerita kita mungkin tak sama.
Haluan kita berbeza yang pasti.
Saya minat Pensyarah, awak tak minat. Mana ada sangat nilai empati awak tu kan?
Bila ditanya cita-cita nak jadi apa.?
Awak cakap entah. Apa punya visi la. -.-
Awak cakap macam-macam. 
Awak kata nak sambung belajar di Mesir.
Ok, saya cemburu.


Sekarang,
Allah tengah nak duga awak.
Sabar yeah.?
Saya jauh, tapi insyaAllah doa, kekuatan tu saya pohon dari jauh.
Jauh hanya di mata, tapi tidak pada hati dan fikiran.
InsyaAllah, semuanya akan baik. InsyaAllah.
Kita kena yakin dengan Dia. 
Saya tahu awak kuat, awak ok je kan.?
Saya rasa awak ok, sebab malam tadi masa borak, 
awak cakap, "saya bosan kat rumah,tapi saya boleh rehat sebab cuti sekolah sudah bermula"
Awak gelak, tapi saya yang mengalirkan air mata.

InsyaAlllah. InsyaAllah. InsyaAllah.
semuanya pasti baik. 
InsyaAllah saya akan sentiasa doakan awak.

Eh, eh, eh.
sayang awak lebih.
Lebih dari saya sayang diri sendiri.


love,
Kak Shikin yang CHOMEL lebih dari awak.hee

2 comments:

Anonymous said...

isk3x .. mengalir air mata leng2 bca ne taw :')

Norashikin Ali Amat said...

Alamak..nangis ja..jgn tahan..hihi