DOA DARI HAMBA-HAMBA MU YA ALLAH

PERMINTAAN KU PADA-MU YA RABB...

Ketika aku meminta kekuatan..
Engkau memberi kesukaran..
Kerana...melaluinya aku menjadi kuat..

Ketika aku meminta kebijaksanaan..
Engkau memberiku masalah untukku selesaikan..
Kerana...melaluinya aku dapat pengalaman..

Ketika aku minta kemewahan..
Engkau memberiku akal untuk bekerja..
Kerana... melalui berfikir aku melihat cara..

Ketika aku meminta ketabahan..
Engkau memberiku rintangan untuk dihadapi..
Kerana...melaluinya aku akan teruji..

Ketika aku meminta cinta..
Engkau memberiku insan-insan menderita..
Yang perlu aku beri bantuan..
Kerana...melaluinya perasaan cinta akan bermula..

Ketika aku meminta bantuan..
Engkau memberiku peluang..
Kerana...melaluinya aku mula mencuba..

Betapa indah dan bermaknanya hidup ini..
Kerana Engkau tidak pernah memberi apa yang aku pinta..
Tetapi..aku menerima segalanya yang aku perlukan..
Demi membantu aku meneruskan kehidupan..

Subhanallah...Syukran Ya Rabb...
Kerana secara tidak langsung..
Aku telah menerima segalanya dari-Mu...
Syukran Ya Allah...

                                                    
Bismillahirrahmanirrahim
•✿•Ya Allah Ya Tuhanku, Baguskanlah untukku Agamaku yang menjadi pangkal urusanku,Baguskan pula Duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, Dan Baguskanlah Akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti,Jadikanlah hidupku bekalan bagiku dalam segala kebaikan,Serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku•✿


Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada k...ami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami "(ayat 286, surah al Baqarah)





Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
KATA KATA HIKMAH
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini......amin..

Bismillahirrahmanirrahim…
“Ya Allah, engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan selainMu, Engkau yang telah menciptaku dan aku adalah hambaMu, aku berada di atas perjanjianMu selagimana aku mampu, aku memohon perlindungan dariMu dari keburukan yang telah aku lakukan, aku mengiktiraf nikmat yang engkau limpahkan kepadaku, dan aku mengakui dosa-dosaku terhadapMu, maka ampunilah aku sesungguhya tiada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau”.


Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah,sesungguh nya aku mengaku sgt lemah,ibadah ku tak seberapa,dunia sentiasa mengamit diri ku jua,tak dapat ku menahan nafsu cintakan dunia yg fana' ini...hanya pd mu aku memohon belas ehsan..hanya pd Rasul mu ku mohon syafa'at...masih selamatkah aku di sana?..


Bismillahirrahmanirrahim…
Doa dari Hati yang Sedang Gundah
Tuhan…..aku bermohon……..
Kembalikanlah… semangat ku yang telah pergi bersama nya……….
Pulihkanlah…hati ku yang tlah dicuri oleh nya……
Berikanlah….sapu tangan kasih Mu….untuk pengelap air mata yang hampir kering……
Tunjuki jalan…..untuk kaki yang bingung….hendak melangkah kemana……..
Jangan biarkan…..aku larut dalam kesedihan…….
Jangan lepaskan……aku larut dalam kegundahan…..
Cukuplah……air mata ini sebagai pengganti kesedihan ku…….
Cukuplah….kekosongan hati ini…..selama kegundahan berada disini……
Berilah……cahaya baru…..untuk penerang hati yang hampir gelap…….
Semailah…..dengan semangat baru…..untuk pengisi hidup……
Biarkan…..bias keindahan Mu…..mewarnai kembali jiwa ini…….
Ulurkan tangan Mu…..bimbing langkah kaki ini…….
Hanya kepada Mu……hati yang gundah bersandar…….
Hanya dengan Mu……hati yang kosong berlindung…….
Dengarkanlah……doa ini….ya Tuhan…….
Kabulkanlah…..doa hati yang sedang gundah ini………






Bismillahirrahmanirrahim…Dengannama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah : Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Ilah yang bertgantung kepada-Nya segala urusan. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah : Aku berlindung kepada Rabb yang menguasai shubuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan-kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah : Aku berlindung kepada Rabb manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaithan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.”

Firman Allah lagi di dalam ayat yang lain iaitu dalam surah Ghaafir ayat 60: 

وَقَالَ رَبُّكُـمْ ٱدْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دٰخِرِينَ [غافر:60]. 

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina"





Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku mahupun sahabat2ku insyaAllah.. amin Ya Rabb.....................

Wallahu a'lamu bi al-shawab......

No comments: