Dipetik dari buku: LA TAHZAN Kebahagian Pasti Bersamamu

Nikmatilah hari-harimu dan detik-detik dalam hidupmu.
Masa lalu jangan sampai membuatmu selalu bersedih,
Masa depan jangan sampai membuatmu risau dan
Serahkan segala urusanmu kepada ALLAH

Janganlah kamu membiarkan kemusykilan  sebesar

Apapun  membinasakan emosimu dan fikirkanlah
dengan tenang dalam mencari penyelesaian.

Ingatlah harga mahal yang kamu bayar untuk kesihatan

Kamu ketika kamu menjadi tawanan kegelisahan,
Ketegangan dan stress

Ketika anda tegang dan stress disebabkan sesuatu

Kemusykilan walau apapun bentuknya, ambillah
Sehelai kertas dan pen dan catatlah jawapan di atas
Kertas tersebut untuk beberapa soalan berikut:
Apakah yang membuat saya tegang?
Apakah yang harus saya lakukan dengan ketegangan
Saya?
Bilakah saya dapat melakukannya?
Bagaimana saya mampu melakukannya?

Jangan sesekali meragui bahawa kamu adalah seorang

Yang bahagia. Janganlah kamu menanyakan dirimu, apakah
Dirimu bahagia atau tidak. Kamu pasti bahagia selagi kamu
Mentaati ALLAH,menyembahNya dan menuntut ilmu keranaNya.

Kamu harus bersungguh-sungguh dan tekun dalam menuntut

Ilmu dan berama, menikmatinya dan menjadikannya mampu
Mengisi kekosonganmu.Ketika itu kamu pasti tidah akan
Merasa risau lagi.

Lupakanlah masalah yang remeh temeh. Janganlah kamu

Menghiraukan masalah yang tidak bermanfaat. Janganlah
Kamu marah lantaran msalah remeh temeh atau
membiarkannya menakluki dirimu dan mekarkan hidupmu.

Janganlah kamu khuatir dengan masa depan. Percayalah

Dengan takdir ALLAH dan ketentuanNya. Yakinlah dengan
Kebijaksanaan ALLAH. Relakanlah segala apa yang ditakdirkan
Allah pada dirimu. Bersikaplah dengan baik, bersyukur dan reda.
Hadapilah dugaan dengan sabar dan berserah diri kepada ALLAH.

1 comment:

Norashikin Ali Amat said...
This comment has been removed by the author.