KEM SINERGI II (BAHAGIAN PENGISIAN)


~Semoga CINTA kami CINTA yang di REDHAI~

PENGENALAN

Kem Sinergi II ini diadakan bertujuan memupuk ukhuwah antara insan sesama insan agar lebih rapat. Konsep yang diterapkan dalam kem ini ialah, 1+1=3 dalam gerak kerja sebagai seorang pemimpin yang mana ianya bermaksud setiap kerja yang dilakukan dan iman menjadi dasarnya,maka hasilnya akan menjadi luar biasa dan lebih baik.

PENGISIAN DARIPADA HILAL ASYRAF – SINERGI:KEIMANAN ADALAH PAKSI

APA ITU SINERGI..?

1+1 = 3 = Sinergi
           + = Iman
      1+1 = Kesatuan
           3 = Luar Biasa

#Dua orang yang bergabung,yang menghasilkan sesuatu kerja tetapi HASILNYA lebih daripada dua orang yang melakukan sesuatu kerja.

1-Manifestasi kepada luar biasa

a)      Lahirkan sinergi
i-Iman yang mendalam
>Mencari kefahaman Ad-Deen (Tadabbur surah Al-Hujurat : 10 )

-Jangan bernafas untuk MATI.
CONTOH :Bangun,belajar,kerja,tidur-------à MATI

“ALLAH tidak ciptakan manusia itu sia-sia” (Al-Baqarah : 10)

ii-Mengkaji hubungan diri dengan Allah.
CONTOH : COUPLE- Benda-benda ini akan membibitkan bintik-bintik hitam dalam diri.

iii- Siapa yang boleh bersama dengan kita.?
Ø  Orang yang SOLEH dan MUSLIH
-SOLEH : Baik
- MUSLIH : Menjadikan orang lain turut baik.

b)      Persahabatan atas keimanan

i-Jalan perjuangan takkan mampu dihadapi seorang diri. Maka itu binalah ‘jambatan’ hati agar kita boleh sampai ke destinasi dengan selamat.

APA ITU JAMBATAN HATI..?

Jambatan hati adalah hubungan antara hati. Biasanya digunakan jambatan adalah kerana fungsi jambatan adalah untuk menghubungkan dua tanah yang terpisah. Maka di sinilah kita sebagai hamba Allah yang ingin memberikan kebaikan yang banyak kepada orang sekeliling, perlu membina jambatan antara hati-hati kita dengan mereka.

Maka, apakah yang mampu menjadi ‘jambatan’ antara hati-hati kita?
Bahan asas yang utama dalam hendak membina ‘jambatan’ antara hati-hati kita itu adalah keimanan kepada Allah SWT. Dan ‘jambatan’nya adalah akhlak dan kebaikan yang kita semaikan kepada mereka.

Pokoknya, kita membina hubungan kita dengan mereka, untuk mengejar keredhaan Allah SWT

 “Sahabat ketawa dan menangis itu senang dicari,tapi sahabat yang nak bawa kita ke syurga itu yang susah nak cari “

MUHASABAH DIRI : BERAPA RAMAI KAWAN YANG BOLEH BAWA AKU KE SYURGA NANTI.?

2- Pengorbanan adalah lumrah

-Terkadang kita rasa kita saja yang pedulikan sahabat kita itu,tapi dia tidak pedulikan kita pun.
-Bersahabatlah sebab kita nak sama-sama masuk syurga..!
- Teringat hadith mengenai ukhuwah,iaitu dua orang yang berkasih sayang kerana Allah boleh dapat naungan Allah.
-Bertemu dan berpisah kerana Allah. Redha.

3- Ukhuwah perlu dibina

-Jalan dakwah itu tidak boleh dibuat seorang diri.
-Bina ukhuwah. Bermula dengan TA’ARUF. Ta’aruf sepanjang masa dengan sahabat kita. Kerana kita ini sebenarnya tidak saling mengenal tanpa ta’aruf.
-Kena ada hati yang ‘caring’ pada sahabat.
-Bagi hadiah ke J

“Kalau kita betul-betul serius akan jalan dakwah ini,kita tak akan ada masa untuk menonton cerita korea” – Hilal Asyraf.

KULIAH SUBUH 1- KISAH TSA’LABAH

Suatu hari Rasulullah SAW sedang bersolat bersama para sahabat Baginda. Di antara sederetan sahabat di belakang Rasulullah, kelihatan seorang yang kusut masai rambutnya dengan berpakaian lusuh. Ia dikenali sebagai seorang sahabat yang tekun beribadah.

Setelah menyelesaikan solat, sahabat berpakaian lusuh itu segera bergerak pulang tanpa membaca wirid dan berdoa terlebih dahulu, lalu Rasulullah menegurnya: “Tsa’labah! Mengapa engkau tergesa-gesa pulang. Tidakkah engkau berdoa terlebih dahulu. Bukankah tergesa-gesa keluar dari masjid adalah kebiasaan orang-orang munafik?”

Tsa'labah menghentikan langkahnya. Beliau sangat malu kerana ditegur oleh Rasulullah SAW, maka terpaksalah dia berterus terang kepada Rasulullah. "Wahai Rasulullah, kami hanya memiliki sepasang pakaian untuk solat dan ketika ini isteriku di rumah belum melaksanakannya solat kerana menunggu pakaian yang aku kenakan ini. Pakaian yang hanya sepasang ini kami gunakan untuk solat secara bergantian. Kami sangat miskin. Untuk itu, ya Rasulullah, jika engkau berkenan, doakanlah kami agar Allah menghilangkan semua kemiskinan kami ini dan memberi rezeki yang banyak."

Pada mulanya Rasulullah SAW menolak permintaan tersebut sambil menasihati Tsa'labah agar meniru kehidupan Baginda sahaja. Namun Tsa'labah terus mendesak beberapa kali. Akhirnya dia mengemukakan alasan yang sering kita dengar: "Ya Rasulullah, bukankah kalau Allah memberikan kekayaan kepadaku, maka aku dapat memberikan kepada setiap orang haknya?"

Rasulullah SAW akhirnya mendoakan Tsa'labah. Kemudian Rasulullah SAW memberikan kambing betina yang sedang bunting kepada Tsa’labah: "Peliharalah kambing ini baik-baik", pesan Rasulullah. Ternakannya mula berkembang biak sehingga dia terpaksa membina ladang ternakan yang agak jauh dari Madinah. Seperti yang diduga, setiap hari dia sibuk menguruskan ternakannya. Lama-kelamaan, dia tidak lagi menghadiri solat berjemaah bersama Rasulullah SAW di siang hari.

Hari-hari seterusnya, ternakannya semakin membiak, sehingga semakin sibuk pula Tsa'labah mengurusnya. Kini, dia tidak dapat lagi berjemaah bersama Rasulullah SAW. Bahkan menghadiri solat Jumaat dan solat jenazah pun tak dapat dilakukannya lagi.

Ketika turun perintah zakat, Rasulullah SAW memerintahkan dua orang sahabat untuk mengambil zakat daripada Tsa'labah. Sayang, Tsa'labah menolak utusan Nabi itu. Ketika utusan Nabi datang melaporkan masalah Tsa'labah ini, Nabi menyambut utusan itu dengan ucapan beliau: "Celakalah Tsa'labah!" Rasulullah SAW murka, dan Allah SWT pun murka!

Ketika itu turunlah ayat Quran dari Surah At-Taubah ayat 75-78: "Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah: "Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh."

”Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran).“

“Maka Allah menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepadaNya dan (juga) kerana mereka selalu berdusta.”

”Tidaklah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui yang ghaib?"

Tsa'labah mendengar ada ayat turun mengecam dirinya, dia mulai ketakutan. Segera dia menemui Rasulullah SAW sambil menyerahkan zakatnya. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya: "Allah melarang aku menerimanya." Rasulullah SAW mengambil segenggam tanah lalu ditaburkan di atas kepala Tsa’labah: “Inilah perumpamaan amalanmu selama ini, sia-sia belaka. Aku telah perintahkan agar engkau menyerahkan zakat tetapi engkau menolak, celakalah engkau Tsa’labah”.

Tsa'labah menangis tersedu-sedu. Setelah Rasulullah SAW wafat, Tsa'labah menyerahkan zakatnya kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a., kemudian Saidina Umar Al-Khattab r.a., tetapi kedua Khalifah itu menolaknya. Tsa'labah akhirnya meninggal dunia pada masa pemerintahan Saidina Utsman Al-Affan r.a.

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Bersedekahlah, dan jangan tunggu satu hari nanti di saat engkau ingin bersedekah tetapi orang miskin menolaknya dan mengatakan 'kami tidak memerlukan wangmu, yang kami memerlukan adalah darahmu’!"

Di manakah Tsa'labah sekarang? Jangan-jangan kitalah Tsa'labah-Tsa'labah baru yang dengan linangan air mata memohon agar rezeki Allah turun kepada kita, dan apabila rezeki itu diterima, dengan sombongnya akhirnya kita lupakan kemurahan Allah SWT.

Apakah mungkin kitalah Tsa'labah? Mungkin benar, mungkin tidak.
Kuliah Subuh




USRAH- NAQIB : AMEEN MISRAN (TEAM LANGIT ILLAHI)

“Iman itu bukan hanya pada angan-angan dan cita-cita, bukan pula dengan bicara kata tetapi ia apa yang tersemat dalam jiwa dan dibuktikan pula dengan amalannya” – HADITH

Nabiq kumpulan saya memberi tugasan kepada kami untuk menghafal hadith ini. Baik dalam bahasa arab mahupun bahasa melayu. Kemudian,saya dan seorang kak ngah diberi tugasan untuk mentadabbur surah At-Taubah ayat 38.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit juga berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.”  (At-Taubah : 38)

Pendapat saya : Jangan letak dunia di hati kita,tapi letak di tangan kita. Bila mana dunia tersemat di hati kita,maka kita akan rasa sayang akan dunia ini,namun apabila kita meletakkan dunia di tangan kita bila-bila masa saja kita boleh campakkan dunia ini. Walla’ualam.

Usrah Oren ^_^


SLOT BERSAMA IMAM MUDA ASYRAF-MUHASABAH CINTA

Bila berbicara tentang cinta pastinya orang bersemangat untuk mendengar dan tangan pun ligat untuk menyalin setiap butir kata daripada IM Asyraf nih. Setiap daripada kita mempunyai tafsiran sendiri mengenai CINTA. Pada saya cinta itu memaknai kehidupan saya. “Jika benar cinta mustahil mahu menjadi yang melukakan” itu cinta pada saya ^_^

IM Asyraf mengaitkan rasa cinta ini kepada rasulullah s.a.w.  Bagaimana.? Kata IM Asyraf Allah sayangkan kita dengan cara mengutuskan rasulullah kepada kita. Mana mungkin Allah utuskan rasulullah ini saja-saja. Pastinya bersebab kan. Rasulullah mendidik kita bagaimana cara berdakwah dan memimpin dengan kasih sayang.

Betapa sayangnya Allah pada kita,sehingga Allah ciptakan masalah itu dan Allah jugak sediakan cara untuk menyelesaikannya. Allah ciptakan kita dahaga,kemudian Allah ciptakan air untuk kita hilangkan dahaga. Allah tidak ZALIM bukan.

Allah cipta perasaan cinta,dan Allah menyelesaikan cara untuk kita mengurus cinta. Subhanallah. IM Asyraf ada mengatakan bahawa,setiap orang memerlukan cinta. Orang yang tidak mempunyai ‘rasa’ cinta,maka orang itu akan menjadi GANAS. Saya terfikir sejenak apa yang menyebabkan manusia itu menjadi ganas tanpa cinta.? Yah,akhirnya saya ketemu jawapan bagi pihak saya sendiri. Mana mungkin perasaan sayang itu datang serentak dengan perasaan benci. Allah tidak zalim bukan. Perasaan cinta dan sayang itu akan menjadi lebih baik bila di ‘urus’ pada ‘tempat’ yang sepatutnya. Allah yang tanamkan rasa cinta dan sayang itu pada setiap daripada kita. Maka tanpa ‘rasa’ itu sudah tentu nilai simpati dan empati sukar tumbuh dalam diri kita. Relakan lah diri untuk dicintai dan mencintai..! TAPI AWAS..! Kenalah pada tempat dan masa yang sesuai. Bila.? Bila diri kalian sudah ‘siap’ untuk hidup mendua ^_^

^_^


LIRIK LAGU TEMA KEM SINERGI II

Allah... Allah... Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Berjuang itu pergorbanan
masa harta dan jiwa dan raga
gerakan tenangkan fikiran
demi islam yang tercinta
tetapkan matlamatmu
membangun negara dan bangsa
menjulang jati diri
berpandu iman di hati
ganjaran yang menanti
bahagia di syurga nanti.



No comments: