Bukan kah?



Kau mahu tahu sesuatu?
Hijau itu menawan.
Yah, aku tahu hijau itu menarik,
Bukankah alam ini Allah ciptakan indah dan kehijauan?

Kau  mahu tahu sesuatu?
Bahagia,
Rindu,
Manja,
Tawa,
Semuanya di hati.
Kau tahu bukan?

Kau mahu tahu sesuatu?
Perjalanan yang sedang kita tempuh hari ini,
Adalah perjalanan yang telah diatur cantik oleh Dia.
Sejak dulu.
Tahu?

Dan,
Kau tahu sesuatu?
Bukahkah sudah Dia kata kan dalam qalamNya,
“Aku mengikut sangkaan hambaKu.”

Apa kau masih mahu ragu padaNya?
Apa kau masih mahu menuduh Dia menzalimi mu?
Bukankah Dia telah memberimu akal untuk kau pakai.
Bukankah Dia memberimu hati untuk kau merasa.
Bukankah kau sedang menikmati semua yang Dia beri.

Apa kau lupa semua itu dari ‘Siapa’?
Apa kau masih tidak mahu mengucap Syukur?

Bukanlah Dia yang melupakanmu,
Tapi,
Kau lah yang melupakan Dia.
Kau menjarak,
Sedang Dia sentiasa mahu mendekat.

Apa kau mahu,
Ada satu hari itu,
Kau dilupakan Dia?
Kau mahu begitu?

Bukankah sudah diingatkan berkali kali,
Mengucap Syukurlah akan karuniaNya.
Bukankah kau tahu hakikat syukur itu bagaimana.
Lalu,
Mengapa kau masih mahu berdegil,
Mengapa kau masih mahu mendidik ego mu?

Bukankah kau yang menzalimi dirimu sendiri?
Bukankah cara mu ini,
Adalah cara mahu dilupakan?
Mahu dijarakkan?
Mahu ditinggalkan?

Mungkin kau belum mahu tahu,
Hidup ini hanya sekejap.
Sekejap lagi,
Kau akan MATI.

Tapi mungkin kau lupa,
Kau sudah pun MATI sebelum kau benar benar MATI.

Kau sebenarnya belum tahu.
Atau kau pura pura tidak tahu?

Bukan kah kau sedang merugikan dirimu sendiri?
Bukan aku yang rugi,
Tapi kau!
Yah, kau yang sedang mengetuk papan huruf ini!

Pesanan buat diri.

Norashikin Binti Ali Amat,
1 Mei 2014
Selesai taip : 21:29 PM
Sepang.



                  Gambar ini cuma mahu tunjukkan bahwa Hijau itu menenangkan! ^^


No comments: